oleh: alma Sotong tumis harum

Sotong_goreng_harum_ready

Variasi citarasa dalam memasak sotong...keharuman aroma serai & kicap inggeris yg terserlah!


Created on : 15-06-2007

Print

E-mail kepada teman

Tulis Laporan




Share


Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • Bahan A:
  • 3-5 ekor sotong (dibersih, dibelah, dipotong & dikelar2; atau potong ikutlah cara msg2)
  • 1 batang serai (hujungnya dititik)
  • Air secukupnya utk merebus sotong + sedikit garam
  • Bahan B (semua dihiris nipis-nipis):
  • 1 btg serai
  • 3 ulas bwg merah (kecil)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5 inci halia
  • Bahan C (semua dikacau bersama):
  • 3 sdb kicap Inggeris (sos Wochestershire)
  • 2-3 sdk sos tomato
  • 1 sdk gula
  • Lain-lain bhn:
  • 1-2 sdb minyak untuk menumis dan Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Dari bhn A:- panaskan air, masukkan garam & serai, dan rebus sotong hingga empuk/masak.Setelah itu tapis sotong tu, buang serai dan simpan sedikit air sotong utk dijadikan kuah nanti (Note: boleh juga kalau nak dikukus sotong tu - jika tak nak rebuslah).
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kesemua bhn B. Bila dah layu dan naik keharumannya tu, masukkan sotong tadi. Kacau2 sedikit kemudian masukkan pula sosnya iaitu bahan C (jumlah bhn C boleh ditmbh/kurang ikut citarasa sdiri). Kacau lagi, jika mahukan lebih kuah, masukkan bbrp sudu besar air rebusan sotong td dan akhir sekali masukkan garam sikit. Lepas bbrp saat mendidih tu angkatlah (tak lama kerana sotong dah masak). Siap untuk dihidang.

Tag



Laporan Masakan Bergambar (0)


Komentar (8)

15-06-2007, Delila komentar :

amboi kak...first time tau org panggil sos tu kicap inggeris...cam best ni..kena balik cari stock sotong nih..


15-06-2007, alma komentar :

sbbnya Del, nama kicap tu belit2 lidah nk nyebutnye, sng citer, mykids panggei kicap inggeris - so akk ikut je la kekeke


15-06-2007, Ekieyna komentar :

Wah..besh la br dpt masuk myresipi,dah byk hari try x dpt masuk..x dpt la tgk2 resipi nak masak..sedey rasa..lame gak tunngu..hari ni br dpt..yeah!:D


16-06-2007, rabiatun komentar :

wahhhh.. kak alma pun laju jek tepek resepi..tq...nnt blk kang nak cube...cam sekejap je nak msk ni take time..sesueiiii...sangat....tq


26-07-2007, afrina komentar :

Nampak sodap aje........


09-08-2007, mishah63 komentar :

Kalu ganti kicap Inggeris tu dengan kicap Melayu , sedap tak? sbb stok tak da kat rumah nak bantai aje kicap Cap Udang!!!


09-08-2007, alma komentar :

mishah, lain rasanye nnt sbb kicap inggeris tu punya rasa yg tersendiri. i dh byk memvariasikn masakan guna kicap inggeris, rasanya lain kalau i ganti kicap cap udang/kipas/soya...tp apa2 pun, leh je u try kan, kut2 pd u lebih sodap :)


23-01-2012, HawaArif komentar :

salam,nak tanya macam mana nak masak sotong jadi lembut?Selalu masak asyik liat je.terima kasih...


Untuk posting komentar, perlu login terlebih dahulu