oleh: Delila Da Yam Cake (Kek Keladi)

11-05-07_1927

Baru test buat..tapi hasilnya...yummy...


Created on : 29-05-2007

Print

E-mail kepada teman

Tulis Laporan




Share


Bahan-bahan ( Satu loyang )

  • 1/2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan keladi (kukus/rebus dgn sedikit garam dan lecek)
  • 1/4 cawan krim masam
  • 2 sudu besar jus oren segar
  • 1/2 sudu teh parutan kulit oren
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kismis kuning
  • 1/4 sudu teh sirap maple

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar 350 darjah F. Sapukan acuan bentuk tiub dengan mentega.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan satu demi satu telur dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan vanilla, sirap maple, keladi, krim masam, jus oren dan kulit oren ke dalam adunan dan adun hingga sebati dan lembut.
  4. Dalam bekas yang lain campurkan tepung, serbuk penaik, soda, serbuk kayu manis dan garam.Kemudian masukkan campuran ini ke dalam adunan yang diputar tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
  5. Kemudian campurkan kismis dan gaulkan.
  6. Tuangkan adunan ini ke dalam acuan yang telah di sapukan mentega tadi.Bakar selama 1 jam atau 1 jam 15 minit. Uji kek anda dengan mencucuk lidi ke dalamnya.Jika tiada sisa melekat pada lidi tersebut bermakna kek anda telah masak.
  7. Biarkan kek anda sejuk dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.Bolehlah dihidangkan.

Tag



Laporan Masakan Bergambar (0)


Komentar (7)

01-06-2007, Ekieyna komentar :

Del ni ke kek tu???Waa...besh eks..nti nk try aaa...kek keladi ni kan??Nama kek pelik kit hehe..ngatkan kek pe..baca bahan2 nyer..br pasan kek aper..


02-06-2007, Delila komentar :

Ekieyna....yup ni le salah satu resepinya...try le..ade lagi nanti del buat del tepek sini...yang berlapis2 pun ade..


20-07-2009, bakewithmilla komentar :

tQ resepinya yaaa...nanti milla cuba yaaa...bleh letak krim juga nie kan?


03-01-2011, ainahaidi komentar :

salam..nk tnye..kek keladi nie biase guna keladi jns apa?sbb hr2 sye guna keladi y isi wrna putih tp hslnye x memuaskn...blhx share petua????


29-01-2011, mizz sue komentar :

kenapa warna kuning


22-07-2011, daun komentar :

nape bkn wrna ungu??


18-08-2011, chan_chan komentar :

mo trai buat la...


Untuk posting komentar, perlu login terlebih dahulu