oleh: citarasawan Gum Paste

110320101367

Kek yg tlh dihias dgn gumpaste flowers


Created on : 14-03-2010

Print

E-mail kepada teman

Tulis Laporan




Share


Bahan-bahan ( Bunga dn figurines )

  • 500gm gula ising
  • 4-5 sudu makan air
  • 1 sudu makan liquid glucose
  • 1 sudu makan gam tragacanth/gumtax

Cara-cara

  1. 080320101299
    Ayak gula ising dan gam tragacanth sebanyak 3 kali. Masukkan ke dalam mixer.
  2. 100320101304
    Masukkan liquid glucose, tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dengan speed perlahan.
  3. Keluarkan dari mixer, uli dengan tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari. Jika melekit tambahkan gula icing dan jika keras tambahkan air. Simpan didalam bekas kedap udara dan biarkan semalaman sebelum digunakan.
  4. 100320101309
    Apabila hendak menggunakannya, uli lagi dengan gula ising sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dibentuk.
  5. Untuk mewarnakannya ambil lidi dan celup dengan pewarna, calitkan di atas doh dan uli hingga warna menjadi sekata.
  6. Siap digunakan untuk membuat bunga dan figurines.
  7. 110320101345
    Uli hingga lembut dan gelek doh dan terap dengan acuan bunga atau acuan biskut.
  8. 110320101343
    Boleh juga dibentuk figurines
  9. Tips : Kek yg tlh di hias dgn gumpaste jgn dimasukkan ke dalam peti sejuk krn akn merosakkannya. Keluarkan dulu kek dn biar suhu bilik baru dihias dgn gumpaste flowers & figurines
  10. Jika untuk kegunaan sementara Gum paste boleh di simpan di luar pada suhu bilik (bungkus dgn plastic wrap dlm bekas kedap udara) tak perlu di simpan di dalam peti sejuk. Jika melebih 1 bulan sebaiknya bungkus dgn plastik wrap/aluminium foil dan masukkan dlm bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Tahan selama 1 tahun. Jika di simpan di dalam peti sejuk defrost terlebih dahulu uli semula dgn sedikit gula ising/shortening/air.

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komentar (9)

14-03-2010, citarasawan komentar :

resipi gumpaste ni atas permintaan nuar tpi mintak maaf laa step nyer x brp detail bunga & figurines ni kak wan tunjuk yg mudah saja utk hias kek kanak2,, slmt mencuba... ;)


15-03-2010, srt08 komentar :

insyaallah saya mesti nak cuba, cuma cpt ngan lambat je...


15-03-2010, meow komentar :

my SIL memang suka wat deco2 kat kek cengini siap wat jual..


16-03-2010, shasha_luv komentar :

waaa thanks...


16-03-2010, Asmar komentar :

Wan, saya nak tanya sikit. gam tragacanth tu jenama apa yang halal. Lagi satu glucose syrup tu sama ke dengan liquid glucose? Tq


16-03-2010, citarasawan komentar :

Salam Asmar, gam trag yg k.wan pakai x ade jenama leh didpti d sume kedai bakery lgi 1 jenama wilton gumtex (mahal sket) setahu k.wan gam trag d buat dri getah/damar pkok herba Astragalus Tragacanth yg didpti d negara timur tengah tiada cmpuran dri bhn lain tde bau dn rasa,, bertindak sbgai gam/agen pelekat shj. Glucose syrup sama ngan liquid glucose,,, Asmar leh buat sdri nti k.wan postkan resipi nyer,,,


17-03-2010, ummiayah komentar :

gumpaste ni leh mkn tak? kalo dah buat leh simpan berapa lama?


17-03-2010, citarasawan komentar :

ummiayah, gumpaste x leh d makan hnya tuk hiasan sja tekstur nyer keras leh simpan 1 tahun dlm bekas yg diseal dan kedap udara x perlu simpan dlm peti sejuk...


16-03-2011, jandi komentar :

nak kaler kan gum paste ni pakai cecair pewarna kew?


Untuk posting komentar, perlu login terlebih dahulu